Assalamualaikum..
Pada malam yg sunyi sepi ni.. heheheh.. rs mcm nk share something kat sini..layannkan aje la ea.. hahahaa...
entry kali ni nak post pasal story Lambaian Malar Hijau.. rsnya msti ramai yg da bc pasal cite ni.. cume x brp nk perasan jer.. kehkehkeh... so.. the story is all about...
Seorang anak orang Asli yang bernama Daneng. Dia merupakan seorang pelajar yang pintar dalam bidang
akademik tetapi dia tidak ingin meneruskan pelajarannya ke tingkatan 4 walaupun dia mendapat keputusan
yang cemerlang dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Cikgu Joe yang merupakan guru Daneng
sanggup meredah hutan belantara untuk menemui Daneng hanya untuk satu tujuan iaitu memujuk Daneng agar
kembali bersekolah. Akan tetapi, Daneng tetap dengan pendiriannya untuk menjaga warisan nenek
moyangnya. Akhirnya Cikgu Joe berjaya memujuk Daneng dengan memberi pelbagai alasan yang kukuh yang
tidak dapat lagi disangkal oleh Daneng. Selepas 25 tahun kemudian, Daneng telah berjaya mencapai
cita-citanya dan mendapat gelaran Datuk. Dia juga menerima Hadiah Nobel kerana usahanya menyelamatkan
hutan balantara dan turut diberikan kepercayaan oleh kerajaan Brazil untuk memulihkan hutan di Lembangan
Amazon tetapi dia tidak pernah melupakan jasa yang telah Cikgu Joe curahkan padanya.
sehrsnya dlm diri setiap pendidik itu perlu ada sifat mcm Cikgu Joe ni.. Bak kata Dr. Suppiah..
Bersama kita berjuang!!! Jia You!!!!